Thursday, 18 August 2011

Sama kita menenung...dan selamat2 kan la diri masing2

Sini aku nak cite skit tentang pakaian wanita zaman sekarang, sedar x sedar diri ak kadang pon x sdar diri jgak...nak ikot2 tren sgat...sbnar nya orang kafir dah mle nak sebarkan fesyen yang cantik di pndagan anda, dan hina di pndag sisi agama....lg2 wanita yang bertudung? apa guna bertudung tp pakaian ketat dan sendat serta jarang....masyAllah, sedarkah anda perkara nie sgat hina disisi agama, mmg cntik dipandang....itu dr segi pakaian....yang lain2 hampa bace la sndri...apa yang boleh dan tak boleh disisi agama kita....igatlah kita hanya sementara didunia, tp kekal di sana...ak sendiri tengah mencuba mengubah diri aku lebih sempurna....

Pertama: Dalam ayat 33 surah al-Ahzab dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia (muslimah) terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga.
Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.

Kedua: Seorang muslimah diwajibkan menutup kepalanya dengan hijab (tudung kepala), kerana pemakaian hijab adalah perintah secara langsung daripada Allah dan bukannya cadangan Nabi Muhammad SAW atau pandangan serta ijtihad para Fuqaha' (ahli-ahli fiqh seperti Imam-Imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain).
Hal ini telah disebut dalam ayat 31 surah an-Nur dan ayat 59 surah al-Ahzab, di mana Allah SWT memerintahkan kaum muslimat memakai hijab (tudung kepala) hingga di bawah perhiasan mereka. Menafikan kewajiban memakai hijab adalah satu perbuatan mungkar di sisi Allah yang boleh menjejas aqidah.

Ketiga: Rulullah SAW melarang muslimah keluar dengan mengenakan wangi-wangian seperti mana yang pernah berlaku di zaman Baginda, ada seorang wanita keluar rumah untuk memunaikan solat jemaah, tiba-tiba baginda terhidu bau wangi, maka salah seorang sahabat mengkhabarkan kepada baginda bahawa yang mengenakan wangian itu adalah seorang muslimah, dan wanita itu diperintahkan agar pulang ke rumah walau pun alasannya untuk menunaikan solat.

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).



Keempat: Larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimah agar memakai pakaian yang sempurna dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat hingga kelihatan bentuk tubuh badan, nipis, singkat dan jarang, kerana dalam hal ini Rasulullah ada menegaskan bahawa mereka yang memakai pakaian seperti itu bagaikan bertelanjang walaupun memakai pakaian.
Maka, untuk muslimah yang keluar bekerja, jagalah batas-batas ini. Jangan bersolek, memakai hijab (tudung kepala), tidak mengenakan pakaian singkat, nipis, ketat dan jarang.
Prev: Perhiasan bagi perempuan – kisah dan tauladan

Hukum tetap Hukum..ini hukum Agama, yang benar adalah benar darinya, yang salah adalah salah untuk kita...sedar la....

No comments:

Post a Comment